Blackburn 2-3 Liverpool. Sumpahan Penjaga Gawang & Kebangkitan Hantu Galah.


Salam dan selamat sejahtera. Selamat pagi kepada semua yang baru bangun untuk mencari keputusan perlawanan Liverpool. Kepada yang tengok perlawanan ni mesti puas hati sebab dapat tengok sambungan drama kan? Aku kata haritu tak boleh dramatik lagi dah..tapi aku silap…yang ini lagi dahsyat cerita dia. Barisan pelakon :

Pelakon utama : Doni, Flanagan, Skrtel, Coates, Johnson, Henderson, Shelvey, Spearing, Maxi, Carroll, Bellamy.
Pelakon ekstra : Jones, Agger, Enrique, Kuyt, Suarez, Aurelio, Carragher

Liverpool bermula dengan goyah sebenarnya. Banyak buang bola. Tahan bola tak betul. Hantar bola tak sampai. Tapi lama-lama nampak ok sikit. Apa yang aku nampak Hendo memang selesa main bahagian tengah dan permainan nampak seimbang bila ada Jonjo sebab Hendo jenis suka hantar ketepi dan kebelakang manakala Jonjo lebih suka lari terus ke gol. Satu lagi pasangan adalah Maxi dan Bellamy. Kalau salah seorang je main pun tak berapa nak menjadi sebab diorang ni laju jadi boleh hantar dan sambut hantaran (bukan hantaran kawen!) seperti yang dibuktikan dalam perlawanan ni dan perlawanan-perlawanan yang maxi jaringkan gol sebelum ni.

Secara jujur bahagian tengah nampak mantap bagi aku. Spearing, Hendo dan Jonjo memang terbaik. Pemain-pemain masa depan Liverpool. Cuma Spearing je tua sikit antara mereka bertiga ni. Jadi tak perlu risau sangat kot kalau pemain utama cedera atau digantung. Budak-budak dah tunjuk kehebatan diorang. Main pun nampak matang je. Musim depan aku harap tak ada jual pemain. Cuma bawa masuk lagi banyak pemain je. Sebab? Musim depan lagi banyak perlawanan KALAU semua piala berjaya ke pusingan seterusnya. Kalau jual pemain rugi. Tak bertambah kuat la. Kekuatan bukan semata-mata pemain hebat atau tidak tapi bilangan pemain yang boleh bermain dalam satu-satu pasukan pun penting.

Maxi menjaringkan gol awal untuk Liverpool pada minit ke 12 hasil serangan kilat yang bermula daripada Skrtel! Dia keluarkan bola daripada kawasan penalti terus kepada Bellamy dibahagian atas dan Bellamy macam biasa dengan tenang lorong bola untuk Maxi sudahkan. Maxi sekali lagi menggegar jaring apabila menolak masuk bola muntah hasil sepakan Shelvey kemudian Carroll yang dihalang pemain Blackburn. Nampak macam perlawanan yang mudah untuk Liverpool. Semuanya ok kecuali Flanagan yang dah dapat kad kuning seawal minit ke-11. Dia diberikan amaran keras apabila sekali lagi mengasari pemain Blackburn pada minit ke 18.

Maxi meraikan golnya... (Kredit : whoateallthepies)

Malam ini memang bukan malam Flanagan. Pada minit ke-24 dia membuat hantaran kebelakang namun hantarannya pendek…Hoilett menyambar bola…cuba melepasi Doni..dia dijatuhkan! Kad Merah! Pengadil yang rupa macam Lee mason ni memang tak berhati perut. Tak banyak amaran langsung perlawanan ni. Terus kad kuning je. Doni lebih malang sebab dapat kad merah hasil kesilapan orang lain. Penjaga gol yang mengimpikan aksi di Wembley ini terpaksa melupakan niatnya dan hanya mampu ucap selamat berjaya kepada Brad Jones. Brad Jones bermula dengan cemerlang. Menyelamatkan penalti daripada Yakubu.

Doni dibuang padang (Kredit : whoateallthepies)

Untuk anak saya Luca.... (Kredit : whoateallthepies)

Aku tengok macam saja je Yakubu sepak perlahan. Sebab? Dulu rasanya diorang ni geng kat Boro dan Jones pulak baru kematian anak November lepas. Ini anggapan aku je. Tapi kalau betul pun apa salahnya kan? Kalau betul memang baik la Big Yak ni. Tapi penalti satu je la boleh bagi. Lepas tu dia jaringkan gol hasil tandukan cantik tanpa ada sesiapa yang mencabarnya. Mana-mana penjaga gol pun tak boleh selamatkan. Lepas tu giliran Jones pula untuk kena sumpahan penjaga gawang. Kali ni cubaannya untuk keluarkan bola terkena pemain Blackburn dan waktu nak tangkap balik bola yang melambung dia terlepas dan dia menolak Yakubu yang sedang bersedia untuk menyambar bola dan pengadil pun memberikan satu lagi penalti. Badan besar tapi orang pegang sikit dah jatuh ka? Apa la… Kali ni dia jaringkan penalti. Kedudukan 2 sama dan Liverpool bermain dengan 10 orang. Nampak macam akan kalah lagi kali ni.

Kau penjaga gol ye? Amik kad!

Carroll hampir-hampir menjaringkan gol sendiri malam ni tapi Jones cemerlang menepis bola. Tapi selain daripada tu dia main dengan cemerlang walaupun tandukan dari jarak 3 ela tak masuk..huhu… Dia akan nampak teruk kalau hanya tunggu bola. Tak percaya tengok perlawanan yang dia main awal musim dulu. Tapi sekarang dia lebih banyak terlibat dari bawah. Sentuhan dia kemas dan kadang-kadang lagi menarik daripada pemain tengah..heheh…Dan akhirnya dia membalas budi baik orang yang mempercayainya dengan menjaringkan gol disaat-saat akhir! Liverpool menang 3-2! Rasa macam nak nangis~ Sebab gol yang dijaringkan sangat cantik. Agger menanduk hantaran jauh yang diterima ke arah Carroll yang menanduk bola masuk melepasi Robinson yang tak mampu menghalang. Maka senyaplah pengkritik-pengkritik. Tapi yang tegar mesti kata NASIB~ Apapun, sekali sekala menang seronok juga..heheh…lepas ni lawan Everton. Moyes dah siap spy lagi perlawanan ni. Apa yang aku nak kata. Prestasi sebelum Wembley tak akan efek banyak sangat untuk perlawanan nanti sebab Liverpool vs Everton memang macam tu. Aku lagi seronok kalau Liverpool masuk padang nanti sebagai pasukan bukan pilihan.

Hantu galah yang cemerlang! =P (Kredit : whoateallthepies)

Sama-samalah harap akan ada taktik yang menyengat daripada Kenny untuk perlawanan Piala FA nanti. Dan harap Brad Jones bertenang dan tak gabra sangat. YNWA!

About these ads

6 thoughts on “Blackburn 2-3 Liverpool. Sumpahan Penjaga Gawang & Kebangkitan Hantu Galah.

  1. Dah lama x menang.bila menang rasa teruja pulak.pulak tu gol last2 minit pulak dari orang yg selalu dok kena kutuk.tahniah Carroll

    • tu la…seronok je rasa balik rumah pagi tadi…Carroll memang tengah main sedap game ni…tapi dapat gol lagi best la….

    • tu la tu…tak payah jual la senang citer…rasenye takde yang teruk pun…tambah kasi banyak lagi option dan backup…hehe…

  2. tetiba belenangan air mata Rasa teharu dengar liverpool menang.,hurey..bnyak drama pula tu,.. Kalau ada suarez mesti bnyak g gol.. Maxi… Penjaga gol liverpool smua hebat. Rugi x tengok

Tinggalkan komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s