Liverpool 1-1 Aston Villa


Salam dan selamat sejahtera. Lama dah aku tak kemaskini blog ni. Sangat sibuk sejak kebelakangan ni. Aku rancang nak tulis balik masa hari minggu. Jadi aku pun balik kampung. Boleh rehat-rehat sambil tuls dan malam Sabtu ada perlawanan Selangor vs Terengganu dan Liverpool vs Aston Villa. Sangat menarik bila dibayangkan. Tapi dah bukan rezeki aku untuk tengok 2 perlawanan ni. Aku tak sihat pagi sabtu dan menjelang malam aku dah tak larat dah nak berjalan walaupun beberapa meter untuk ke ruang tamu tempat letak TV kat rumah. Jadi aku hanya mampu tengok video dari youtube sahaja.

Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC

Memandangkan aku tengok dari video highlight, tak banyak yang aku boleh cakap melainkan Liverpool nampak positif. Aku perasan yang waktu menyerang Liverpool dah mula penuhkan kawasan penalti lawan. Sesuatu yang jarang kita nampak di era Dalglish ni. Dan di penghujung perlawanan pun nampak kesungguhan pemain untuk cari gol kemenangan. Tak macam sebelum-sebelum ni.

Tapi yang aku nampak penyudah masih berkarat lagi. Kena asah sikit je lagi. Harap-harap dengan Liverpool bermain awal musim depan untuk Europa mereka dah panas dulu berbanding pasukan lain. Tapi Liverpool perlu lebih banyak pemain untuk buat rotation. NASIB. Perkara ni dari awal musim lagi kita sebut-sebut. Penyokong pasukan lain kata semua tu alasan. Tapi kalau diorang kat tempat kita diorang akan cakap benda yang sama.

Liverpool bermula dengan baik. Downing di sebelah kiri berjaya melepasi pertahanan dan menghantar bola cantik yang melepasi bukan 1 atau 2 tapi 3 pemain pertahanan untuk sampai ke Kuyt yang merembat bola kearah gol tapi Given menepis bola keluar. Aku tak pasti dah masuk ke belum. Orang yang membuat analisis pun tak pasti sebab nampak macam dah masuk. NASIB. Kemudian Liverpool ada 3 permintaan untuk penalti. 2 hasil bola terkena tangan dan 1 hasil kekasaran keatas Suarez. Semuanya ditolak. Nasib? Tak. Pengadil yang sengal.

Terutamanya untuk kekasaran keatas Suarez. Macam yang ramai orang dah cakap, pengadil dah tak percaya kepada Suarez sebab reputasinya sebagai pemain bermasalah yang suka menjatuhkan badan dan lain-lain. Bagi aku itu adalah pengadilan yang lemah dan tak professional. Pengadil tak sepatutnya masuk ke padang dengan anggapan tertentu kepada pemain-pemain. Semuanya patut mula daripada 0. Untuk bola terkena tangan aku tak nak komen sebab ada pengadil yang bagi dan ada yang tak bagi untuk kes-kes macam ni. NASIB.

Liverpool juga menambahkan bilangan cubaan yang mengenai palang/tiang. Tambah 2 tak silap aku. Yang Agger tu tak kira sebab Suarez berjaya dapatkan gol hasil lantunan bola tu. Bellamy sepak kena palang. Suarez tanduk kena tiang dan Given tepis keluar walaupun aku tengok bola macam dah masuk sebab lalu belakang Given. Yang ketiga tandukan Agger tu. Daripada 3 tiang/palang dapat hasilkan 1 gol. Ok la tu. Peningkatan..heheh. Kuyt memang tak ada nasib dalam perlawanan ni. Mana taknya, dari jarak 2 ela pun boleh ke atas sepak bola..huhu… Andy Carroll ada peluang untuk mendapatkan gol kemenangan tapi bola yang ditanduk daripada jarak dekat tepat ke Shay Given.

Suarez menanduk dari jarak dekat. Kalau bagi Kuyt ni mau ke langit perginya..heheh.. (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Aku suka tengok highlight perlawanan ni. Sebab Liverpool nampak macam Liverpool musim 08/09 masa dapat no 2 dengan kutipan mata yang tinggi. Waktu tu kalau menyerang memang penuh kawasan lawan dengan pemain Liverpool. Tak bagi peluang langsung untuk bola keluar daripada kawasan bahaya. Kepada yang belum tengok boleh download dari Pakman’s Football Blog. Kepada yang dapat tengok perlawanan penuh, apa komen korang?

Video Gol Sahaja (Untuk highlight sila download ye…)

About these ads

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s