1989-1990 : Kali Terakhir Liverpool Menjadi Juara Liga [VIDEO]


Salam dan selamat sejahtera. Memandangkan aku antara penyokong yang tak sempat merasai zaman kegemilangan Liverpool dalam Liga Inggeris aku nak buat satu entri untuk musim terakhir Liverpool menjadi juara liga iaitu pada musim 1989-1990. Waktu tu aku baru berusia 4 tahun. Aku yakin waktu tu aku belum tengok bola sepak di televisyen. Tapi menurut ayah aku, hari aku dilahirkan, 30 Jun 1986 merupakan hari perlawanan akhir Piala Dunia 1986. Waktu tu Argentina menentang West Germany dan Argentina menang 3-2. Ayah aku tengok bola di hospital sebab aku lahir dalam pukul 4 pagi..huhu. Mungkin sebab tu aku bulat macam bola atau mungkin sebab aku mengikut “perkembangan” Maradona.

Maradona menjaringkan 2 gol terkenalnya menentang England di peringkat suku akhir. Siapa yang tak pernah tengok gol “Hand of God” sila ke youtube dengan segera kerana anda nyaris-nyaris dibuang dari kumpulan peminat bola sepak :-P . Banyak peristiwa lain dalam bola sepak yang aku tak tahu tapi yang ni WAJIB tahu bagi seorang yang suka tengok bola. Tak kira sokong pasukan mana. Satu lagi adalah gol yang dia bawak bola dari tengah padang menggelecek semua pemain dan jaringkan gol. Tapi harini aku nak cerita pasal Liverpool bukan Argentina. Semalam, waktu aku melayan youtube aku terjumpa video-video review musim kemenangan Liverpool. Punyalah seronok aku. Sebelum ni tak pernah lak terjumpa. Mungkin sebab aku tumpukan pada video Liverpool yang terkini kot. Jadi kepada yang tak pernah tengok boleh tengok di sini. Kepada otai-otai yang cukup bertuah untuk tengok musim ni boleh la kiranya kongsi pengalaman kat sini <— Perasan ada otai baca blog ni :-P

Amacam? Lawa kan main? Mungkin ini yang cuba dikembalikan oleh Dalglish sekarang. Tapi aku tau tak boleh buat dalam masa 1 musim sahaja. Jadi aku kena sabar tengok Liverpool main. Kalau betul ini rancangan Dalglish memang logik la kenyataan yang aku baca mengenai rancangan masa musim panas nanti yang Liverpool taknak jual pemain dan hanya akan ada beberapa perubahan kecil sahaja. Mungkin tujuannya untuk memantapkan pasukan sedia ada dan menambah bahagian yang perlu pemain simpanan sahaja. Kalau betul memang best la dapat tengok Liverpool main total football. Phil Thompson cakap total football bukan asal dari Barca atau Belanda tapi dari LFC. Cuma Barca sekarang versi yang lawa sikit dari yang asal…heheh..

Total football mengikut kefahaman aku adalah gaya permainan yang memerlukan pemain yang mampu mengisi mana-mana posisi dalam padang yang ditinggalkan pemain lain kerana mereka akan menggunakan seluruh ruang padang untuk bergerak dan menyerang. Jadi posisi mereka tidak tetap. Seorang pertahanan berkemungkinan berada dalam kotak penalti dan seorang penyerang berkemungkinan sedang bertahan. Posisi yang tetap hanyalah penjaga gol. Aku pernah terbaca ayat Phil Thompson “Kami dapati 30 hantaran sebelum jaringkan gol adalah lebih cepat berbanding sepakan terus ke pintu gol” Tak pasti aku baca kat mana tapi yang pastinya berkenaan total football. Tak hairanlah dalam musim kemenangan ni ada perlawanan yang sampai 8 orang yang berlainan jaringkan gol! Pertahanan jaringkan gol merupakan perkara biasa musim dalam musim ni. Adakah musim depan Liverpool akan kebali ke zaman kegemilangan? Kita tunggu dan lihat sahaja ;-)

Oh..lupa lak. Saat yang paling seronok video ni adalah waktu diorang raikan kejuaraan beberapa perlawanan sebelum tamat musim. Grobbelaar dengan sape tah angkat King Kenny dan masukkan dalam kolah..huhu…lepas tu waktu Grobbelaar bagi budak-budak pegang piala dan dia yang ambil gambar budak-budak tu. Apa la agaknya perasaan orang yang dapat tengok Liverpool menang liga ni ye? Apa pulak perasaan budak-budak tu? Hehe…Mesti seronok. Lagi seronok dari Istanbul agaknya. Dan penutup musim 1989-1990 ni pun bermakna sebab lawan Derby (perlawanan kedua terakhir) ni la Kenny Dalglish membuat penampilan terakhir sebagai seorang pemain dan musim ni juga dia menang anugerah “Manager of The Year” untuk kali ke-3 dalam 5 tahun. Legend!

Kalau tanya aku pemain terbaik untuk musim ni berdasarkan input yang aku ada sahaja (video ni) aku akan pilih John Barnes dan Peter Beardsley. Tapi tak adil pulak rasanya. Jadi aku pilih semua sekali..hahaha…sebab semua main peranan termasuk la Rosenthal yang dipinjam. Liverpool dah la sedia ada memang ada penyerang yang mantap tambah pulak dengan Rosenthal. Memang juara la kan. Tapi boleh tengok la semua gol Barnes. Memang terbaik. Sepakan percuma pun banyak. Senang cerita puas hati la semua penyokong musim ni. Walaupun ada perlawanan yang Liverpool nampak tak boleh nak makan.

Untuk maklumat lanjut mengenai musim ni boleh ke lfchistory.net. Ada semua maklumat. Penampilan, senarai pemain, statistik dan macam-macam lagi. Tengok terus kat situ baru puas hati. Serius. Untuk pengetahuan korang, semua maklumat berkaitan sejarah Liverpool aku dapatkan dari laman Rasmi Liverpool FC sendiri dan lfchistory.net. Dua-dua ni adalah sumber yang lengkap untuk cari pasal sejarah Liverpool. Jadi kalau bosan-bosan sila la geledah laman-laman ni ;-)

2 thoughts on “1989-1990 : Kali Terakhir Liverpool Menjadi Juara Liga [VIDEO]

  1. alhamdulillah bro!! tahniah .. antara blog feveret aku.. aku nak bagi tau, apa saje idea yg terlintas kat kepala bro,cepat2 lah tulis..

    • Terima kasih bro atas sokongan. Terima kasih jugak untuk ingatan tu…InsyaAllah apa yang terlintas dalam kepala terus direct ke sini. YNWA :-)

Tinggalkan komen

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s